Saksikan telefilem Hening Rindu yang akan menemui penonton pada 17 Jun 2026, hari Rabu, pukul 9.00 malam menerusi saluran RTM di TV2. Anda juga boleh strim secara online di Tonton.
Telefilem khas yang dibawakan sempena Maal Hijrah ini merupakan arahan Aizad Rosli, nukilan skrip daripada Noy Ibrahim dan diterbitkan oleh produksi Illusionmaya Sdn. Bhd.
Tayangan : TV2
Tarikh : 17 Jun 2026 (Rabu)
Masa : 9.00 Malam
Idea Asal : Noy Ibrahim
Penulis Skrip : Noy Ibrahim
Pengarah : Aizad Rosli
Produksi : Illusionmaya Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Nazeera Sardi, Fauzi Nawawi, Ezaidi Aziz, Redza Hasbi, Faye Kusairi dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Nazeera Sardi sebagai Mariam
- Fauzi Nawawi sebagai Hakim
Sinopsis Telefilem Hening Rindu
Telefilem Hening Rindu mengisahkan tentang Mariam, yang bersuamikan seorang penagih dadah, Hakim. Penderitaan dan pengorbanan Mariam dalam meneruskan kehidupan bersama anak-anaknya teruji dengan berat apabila dia ditangkap dan dipenjarakan atas kesalahan yang tidak dia lakukan.
Bertambah deritanya apabila ibu tirinya bersekongkol dengan Hakim untuk menjual anaknya yang masih bayi kepada satu pasangan yang kaya. Kemuncaknya selepas ibu tirinya meninggal dunia dia baru mengetahui bahawa arwah ibu tirinya telah menjual tanah dan rumah pusaka peninggalan ayahnya.
