Telefilem Daddy Duda Di TV3

Telefilem Daddy Duda Di TV3

Jangan lupa saksikan telefilem Daddy Duda pada 13 Jun 2026, bersiaran semula pada hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 dan secara online di Tonton.

Telefilem yang asalnya ditayangkan pada tahun 2024 ini merupakan arahan Aliff Ihsan Rahman, nukilan skrip daripada Azhar Jalil dan diterbitkan oleh produksi Red Beans Production.

Tayangan Asal : 2024
Bersiaran : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 13 Jun 2026 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Azhar Jalil
Pengarah : Aliff Ihsan Rahman
Produksi : Red Beans Production

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Fikry Ibrahim, Tasya Nazira, Fazlina Ahmad Daud, Aween Ismail, Alya Iman, Nelissa Nizam, Faezah Elai dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Fikry Ibrahim sebagai Haeqal
  • Tasya Nazira sebagai Qaseh
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Tok Ma
  • Nelisa Nizam sebagai Fasha
  • Shafiqah Kahar sebagai Dr. Hana
  • Aween Ismail sebagai Aina
  • Faezah Ilai sebagai Maria
  • Nesa Idrus sebagai Qila
  • Alya Iman sebagai Suci

Sinopsis Telefilem Daddy Duda

Telefilem Daddy Duda merupakan sebuah telefilem komedi romantik mengisahkan misi seorang anak perempuan bersama neneknya mencari isteri buat ayahnya yang duda.

Kehidupan Haeqal tidak terurus selepas bercerai dengan isterinya, Aina. Hal ini menyebabkan Qaseh yang baru berusia 10 tahun mahu membantu ayahnya lalu membuat rancangan bersama neneknya mencari wanita yang sesuai sebagai calon isteri Haeqal.

Adakah misi Qaseh akan berjaya?

Post a Comment

Previous Post Next Post