Jangan lupa saksikan semula telefilem Rinding yang akan bersiaran pada 13 Jun 2026, hari Sabtu, jam 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2020 ini diterbitkan produksi FJ Pictures Sdn. Bhd., arahan Feroz Kader dan skrip ditulis oleh Eenaz Mokhtar
Tayangan Asal : 2020
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan TV3
Tarikh : 13 Jun 2026 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Idea Asal : Amalina Natasha
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : FJ Pictures Sdn. Bhd.
Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Risteena Munim, Ungku Ismail Aziz, Wafa Riena, Syamin Azlah, Sera Melissa, Muhd Amir Nukman dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Risteena Munim sebagai Yana
- Ungku Ismail Aziz sebagai Haris
- Wafa Riena sebagai Suraya
- Syamin Azlah sebagai Anita
- Sera Melissa sebagai Farah
Sinopsis Telefilem Rinding
Telefilem Rinding mengisahkan tentang Yana iaitu seorang pensyarah yang mempunyai imsonia. Dia dapat tidur malam selepas menonton video ASMR Suraya. Yana ingin tahu siapakah gadis yang ditonton dalam video tersebut.
Secara kebetulan, gadis tersebut ialah pelajar yang dilaporkan hilang secara tiba-tiba. Yana mula menyiasat apakah sebenarnya sudah berlaku kepada gadis tersebut.
