Jangan lupa saksikan telefilem Hijrah Seorang Pendosa pada 13 Jun 2026, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1. Anda juga boleh strim secara online dan percuma di platform RTM Klik.
Telefilem yang sarat dengan pengajaran ini merupakan arahan Ayie Mustafa, nukilan skrip daripada Sophilea dan diterbitkan oleh produksi Sha's Media Sdn. Bhd.
Bersiaran : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 13 Jun 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Sophilea
Pengarah : Ayie Mustafa
Produksi : Sha's Media Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Sobri Anuar, Hasnul Rahmat, Kodi Rasheed, Dayang Areeda, Adam Shahz, Razzuan Rosli dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Hijrah Seorang Pendosa
Azli, bekas lelaki yang penuh dosa, cuba berubah dan mencari keredhaan Allah di Pondok Al-Iman. Pertemuannya semula dengan anak kandungnya, Razin, membuka peluang untuk menebus kesilapan silam.
