Telefilem Maaf Dari Khilaf Di TV3

Telefilem Maaf Dari Khilaf Di TV3

Saksikan telefilem Maaf Dari Khilaf yang akan menemui penonton semula pada 12 Jun 2026, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3. Juga tersedia secara striming di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Eoon Shuhaini, nukilan skrip daripada Hatta Midy dan diterbitkan oleh produksi ZKreative Production Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : 12 Jun 2026 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Penulis Skrip : Hatta Midy
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : ZKreative Production Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Zamarul Hisyam, Tiz Zaqyah, Elly Mazlein, Ako Mustapha, Rosnah Mat Aris, Ustaz Dinie, Nik Alias Seman, Sherry Al Jeffri dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Zamarul Hisyam sebagai Bakar
  • Tiz Zaqyah sebagai Salimah
  • Elly Mazlein sebagai Rosnah
  • Ako Mustapha sebagai Nasrul
  • Rosnah Mohd Aris sebagai Maimon

Sinopsis Telefilem Maaf Dari Khilaf

Telefilem Maaf Dari Khilaf mengisahkan tentang pasangan suami isteri Bakar dan Salimah yang hidup gembira tetapi masih belum dikurniakan zuriat.

Satu hari, mereka diberikan berita gembira apabila Salimah mengandung. Akan tetapi hasrat Bakar untuk memiliki zuriat tidak kesampaian apabila Salimah mengalami keguguran. Bakar panas hati kerana penantian zuriat selama 15 tahun berakhir dengan kejadian tragis.

Dia tekad untuk mencari angkara siapa yang mencampak sampah dari tingkat atas rumah flatnya yang mengakibatkan keguguran kandungan isterinya.

Pada masa yang sama, jiran mereka Rosnah berasa amat bersalah kerana dia tahu ini semua adalah salahnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post