Telefilem Neraka Kasih Maisarah Di TV3

Telefilem Neraka Kasih Maisarah Di TV3

Saksikan telefilem Neraka Kasih Maisarah yang akan menemui penonton semula pada 18 September 2026, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini diterbitkan oleh produksi Layar Cerita Sdn. Bhd. Diarahkan oleh Along Kamaludin dengan nukilan skrip daripada Lily Suhana Mohd Diah.

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Wayang di TV3
Tarikh : 18 September 2026 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Skrip : Lily Suhana Mohd Diah
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : Layar Cerita Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Mimi Lana, Laila Nasir, Shahz Jaszle, Sura Sojangi, Aisyah Along Kamaludin, Mustaqim Bahadon, Raja Afiq, Ainina Ahmad B, Sheeda Ali dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Mimi Lana sebagai Maisarah
  • Laila Nasir sebagai Mak Midah
  • Shahz Jaszle sebagai Budin
  • Sura Sojangi Dijah
  • Aisyah Along Kamaludin sebagai Bella
  • Raja Afiq sebagai Zakuan

Sinopsis Telefilem Neraka Kasih Maisarah

Telefilem Neraka Kasih Maisarah mengisahkan tentang Maisarah iaitu anak kepada seorang bidan kampung yang terkenal dan sangat dihormati, Mak Midah. Segala hal berkaitan perbidanan di kampung pasti akan dirujuk ibu Maisarah tersebut.

Maisarah dijaga dengan penuh kasih sayang dan mereka hidup bahagia. Namun kebahagian mereka berakhir dengan satu tragedi malang menimpa Maisarah apabila maruah di tergadai.

Maisarah disahkan hamil 2 bulan atas pelakukan Zakuan terhadapnya. Disebabkan itu, Maisarah memintau Zakuan untuk bertanggungjawab namun Zakuan enggan.

Sumber : klapbod.com

Post a Comment

Previous Post Next Post