Telefilem Selampai Labung Di TV1 (Panggung RTM)

Telefilem Selampai Labung Di TV1

Telefilem Selampai Labung ini pada asalnya ditayangkan pada tahun 2024 dan kini akan disiarkan semula pada 19 September 2026, iaitu pada hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Tayangan Asal : 2024
Bersiaran : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 19 September 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Marrulhuda Mawardi
Pengarah : Danny Alamsyah
Produksi : Unit Drama TV RTM

Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem Selampai Labung seperti Johan As'ari, Dewi Seriestha, Samarinna Tolhip, Wily Alfred, Tony Eusoff, Sherie Merlis, Ali Mohamad dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Johan As'ari sebagai Sunnan
  • Dewi Seriestha sebagai Elvina
  • Willy Alfred sebagai Gawin
  • Samarinna Tolhip sebagai Jara
  • Tony Eusoff sebagai Entiti
  • Sherie Merlis sebagai Rati

Sinopsis Telefilem Selampai Labung

Telefilem Selampai Labung mengisahkan tentang tentang Elvina dan Sunan iaitu dua insan dengan latar berbeza yang bertembung kerana terikatnya mereka dengan warisan, budi, dan harapan.

Elvina merupakan waris Enny, Indu Ngar di Nanga Krau yang telah meninggalkan rumah panjang itu berbelas tahun lamanya. Kepulangannya ke Nanga Krau adalah demi menyahut kepentingan peribadinya.

Namun pertertemuannya dengan Sunan, Jara dan Gawin membuka lembaran sejarah silam keluarganya dan masa depan tradisi Pua Kumbu yang semakin pupus ditelan zaman. Lalu apakah kesudahannya?

Post a Comment

Previous Post Next Post